Latest Chapter :

Bab Enam :

-“Ricky, awak ada minum tak?” Soalku cuba mendapat kepastian. Bahaya betul budak ni.

-“Ricky, benda tu, perempuan je yang boleh pakai,” kataku berkias. Aku tak mahu terus direct aje.

-“Huh, kau memang tak ikhlas! Tak ikhlas nak bagi tumpang tempat tinggal,” sindirnya. Eh, budak ni! Dia mahu kenakan aku balik pulak.

Wednesday, December 8, 2010

Little Note, Little story

Sempena bulan akhir tahun 2010, iaitu bulan disember, telah hampir genap selama sebulan kehidupan saya sebagai penulis komik pendek. Walaupun sekarang ini saya tidak berapa aktif seperti sebelumnya, iaitu 1 hari 1 bab, tetapi saya berharap sangat agar pembaca dan pengikut mahupun silent reader's, sudi tunggu untuk menantikan bab baru. Saya harap gambar ni sedikit sebanyak boleh menambah garam dalam karya saya ini! Hehe...
     Okey tak dengan ayat yang saya buat tu?

Untuk RICKY,
' Relying everything Into someone who Crazy, and Killing me, but Yet... cute! '

Untuk JOE pulak,
' perhaps, Just as someone Ordinary, and Eternally friends '

     Memang agak kelakar, tapi punya maksud. Hmm, lebih kurang macam tulah (garu kepala)
Saya sekarang tengah alami demam berpanjangan... muntah... pening... dan penyakit susah nak buat bab akhir untuk OHWAIET. Saya mintak maaf sangat!!! Kenapalah akhir tahun ni, saya ditimpa perkara sebegini!? Huhu...

Wednesday, December 1, 2010

Bab Enam


N
enek memandang aku dengan pelik. Dengan cepat aku menutup pintu bilik air!
“Kenapa lagi dengan kamu ni Jin Ah?” Soal nenek pelik.
“T…tak ada apa-apa,” aku cuba menyembunyikan perkara yang sebenar, iaitu menyimpan seorang budak lelaki yang disumpah menjadi seekor katak. Aku tak mahu nenek tahu lagi tentang perkara ni. Aku belum bersedia untuk beritahu orang lain. Apa tidaknya, aku pun masih agak terkejut dengan peristiwa ini walaupun aku melayan Ricky seperti manusia biasa sekarang ni. Aku masih tidak tahu sepenuhnya mengenai latar belakang dan sifatnya.
“Habis tu, yang kau menjerit tu kenapa? Mimpi apa lagi pulak kau ni?” Sindir nenek. Aku tersenyum kecil.
“Hehehe… Tadi… Tadi Jin Ah nampak lipas. Tu aje,” jawabku bohong. “Nenek tak payah risaulah.”
“Hmm, lain kali sembur dulu bawah katil tu. Takut ada serangga merayau lagi kat bilik nanti. Kamu tu dahlah penggeli. Mahu je rumah ni runtuh lagi,” bebel nenek. Aku hanya mengangguk tanda faham padanya.
“Nenek sambunglah kerja. Hari ni, Jin Ah nak duduk lama sikit dekat bilik,” ujarku. Aku mahu bertapa di bilik aku hari ni sebab aku nak melayan si katak tu dan jahitkan dia pakaian.
“Yelah. Tapi, keluar bilik karang, pergi makan. Jangan tak makan pulak.”
     Nenek menutup bilikku perlahan. Aku menghembuskan nafas lega. Aku segera mengunci pintu bilik. Takut nenek buka dengan tiba-tiba nanti. Mahu saja dia terkejut melihat seorang lelaki berada di bilikku. Lain pula ceritanya nanti.
     Sementara itu, nenek yang berada di luar pintu, mendengar bunyi pintu dikunci dari dalam.
“Hmm, siap kunci bagai… Apa-apa jelah cucu aku sorang ni,” nenek tidak mengendahkannya. Dia kembali ke dapur. Sejak dua hari yang lepas, setiap pagi nenek terpaksa berlari dari dapur ke bilikku selepas mendengar jeritanku yang terlampau kuat, mengalahkan ayam jantan berkokok. Memang huru-hara.

Aku memanggil Ricky. Kenapa dia tak keluar-keluar lagi ni? Pelik pulak. Aku sudah pun duduk bersila di atas katil.
“Ricky, apa yang awak buat kat dalam bilik air tu?” panggilku. Masih tiada respon.
“Ricky, akak nak ukur badan kamulah,” jeritku lagi, tetapi perlahan. “Cepatlah keluar,” sepatah kata pun tiada respon darinya. Aku rasa geram.
“Hii, budak ni. Apa kerjalah dia ni. Bukannya aku kunci pintu pun.
    Aku membuka pintu bilik air dengan kuat!
“Ricky!” Jeritku terkejut. Aku terkejut melihat dia mencangkung di hadapan tandas duduk. Apa yang dia buat tu!
“Apa dia? Wei, kenapa perigi kau busuk sangat? Dah tercemar ke? Sayangnya,” ujar Ricky selamba, seolah-olah kata-katanya benar. Padahal, perigi yang disebutkannya hanyalah tandas duduk.
“Ricky, awak ada minum tak?” Soalku cuba mendapat kepastian. Bahaya betul budak ni.
“Mana ada! Air perigi ni dah kotor, takkan aku nak minum,” jelasnya. “Nampak je bersih, tapi kotor.”
     Aku rasa lega. Kalau tidak, kesian pula aku nak berdepan dengan dia nanti, melihatkan dia seorang yang naif meminum air dari lubang tandas. Aku patut jelaskan semua kegunaan setiap benda di rumah ini kepadanya nanti sebelum terlambat.
“Dah, keluar cepat. Akak nak ukur badan kamu,” ujarku.
“Hmph, cepatlah sikit. Aku nak baju yang nampak macam pahlawan. Aku nak nampak ganas, berkarisma. Hahaha…” Ricky meminta aku yang bukan-bukan. Dia ni, memang mengalahkan budak-budak. Aku sedang mengukur badannya. Badannya memang kurus. Dan baru aku perasan, yang kulitnya betul-betul cerah. Kalah aku.
“Umur Ricky berapa sebenarnya ni?” Soalku. Mahu juga aku tahu umur sebenarnya.
“15 tahun,” jawabnya. Lah, 15 tahun aje. Aku lagi tua daripada dia. Tua 5 tahun pulak tu.
“Awak lagi muda daripada akak. Tapi, tak hormat pun,” rungutku padanya.
“Siapa yang nak hormat kau? Aku ni tuan kau tahu tak.”
     Itu sajalah perkataan yang selalu dia sebutkan padaku, dia adalah tuanku. Dan aku adalah hambanya. Banyak cantik muka dia.
“Buat macam aku suruh tau,” ujarnya. Dia mahukan rekaan baju seperti yang disebutkannya tadi.
“Akak buat baju biasa jelah…”
“Asal pulak! Hmph. Kalau kau dah tak tahu buat tu, cakap jelah! Pembohong! Paling hebat dalam menjahit konon,” sindirnya. Aku sabar sahaja.
“Ricky, zaman ni, siapa lagi yang nak pakai baju-baju pahlawan macam tu? Dah ketinggalan zaman. Tahu tak?” Jelasku. Dia ni nak pakai cosplay ke apa?
“Eh, baru empat hari yang lepas aku baru bangun dari tidur, takkan pulak ketinggalan zaman?” Pelik Ricky. Seingat dia, dia baru sahaja bangun dari tidurnya akibat disihir dari nenek tua pada empat hari yang lalu. “Takkan pakaian yang popular masa sekarang ni kau kata dah ketingalan?”
“Eh, betullah. Sekarang ni, orang hanya pakai baju macam ni je, T-shirt. Bukan jubah-jubah labuh macam tu. Dari dunia manalah awak datang ni?” Keluhku. Dia ni memang sah datang dari kampung. Sesat agaknya dia muncul di sini.
     Ricky hanya pelik dari tadi. Mulutnya terkumat-kamit.
“Ricky, macam mana awak kena sihir? Tak sangka zaman-zaman moden macam ni, masih boleh ada sihir-sihir dan sumpahan ni,” soalku. Aku mahu tahu lebih lagi mengenainya, bagaimana dia disumpah.
“Aku tengah mandi masa tu,” balasnya pendek. Dari tadi, tak duduk diam si Ricky di bilik aku yang kecil ni. Asyik mengopes aje barang aku. “Lepas tu, kenalah sumpah,” ujarnya lagi
“Macam tu je ke?”
“Yelah. Nenek tua tu memang tak guna. Tak ada kerja nak menyihir aku agaknya,” jawabnya ringkas. Dari cara percakapannya, aku tahu yang dia pasti ada menyimpan dendam pada nenek tua yang menyihirnya sehingga menjadi katak.
     Kalau aku, aku pun dah sakit hati. Tapi, dia kena sihir mesti sebab dia ni nakal sangat masa tu. Sekarang ni pun, perangai dia memang nakal sangat. Kalaulah aku ada kuasa sihir, dari awal lagi aku sudah ghaibkan si Ricky ni.

Setelah selesai memotong kain, aku mula menjahit. Ricky duduk diam di penjuru itu. Aku pelik. Apa yang dia buat tu?
“Ricky, buat apa tu?” Soalku ingin tahu.
“Takde apa-apa,” balasnya pendek. Mencurigakan ni!
“Ricky, apa dekat tangan awak tu?”
“Takde apa-apa. Ini barang kepunyaan aku mulai hari ni,” katanya. Dengan senang saja, dia mahu menjadikan barang milik orang lain menjadi hak miliknya.
“Ricky, apa yang awak ambil tu?” Marahku.
“Aku nak ni.”
     Aku terkejut. Apa yang dia pegang tu? Eh, itu pad aku! Apa benda yang dia ingat agaknya dengan pad aku tu? Dia ni memang tak tahu semua benda! Mahkluk dari planet mana dia tinggal sebelum ni?
“Ricky, tu benda sulit kakaklah. Jangan main-main dengan benda tu. Simpan balik,” ujarku. Segan pulak aku tengok dia yang dari tadi membelek-belek pad yang aku simpan di dalam laci itu.
“Bekk, ni dah jadi hak aku sekarang ni…” Ricky berdegil mahukan pad itu. Macam mana pulak aku nak jelaskan benda tu pada dia ni?
“Ricky, benda tu, perempuan je yang boleh pakai,” kataku berkias. Aku tak mahu terus direct aje.
“Eh, pembohong! Aku tak percaya. Kau saja je tak nak bagi aku ambil.”
     Aduh, si Ricky ni! Macam mana aku nak terangkan pada dia ni?
“Ricky, tu benda perempuanlah.”
“Bekk, aku punya,” Ricky menjelirkan lidahnya. Aku sudah tidak ada cara lain lagi.
“Ricky, awak nak buat apa hah dengan benda tu?” Soalku.
“Pakai le. Benda ni pakai kat mana ah?” Soalnya selamba. “Hmm, apa benda alah ni? Macam mana nak pakai?” Bisiknya seorang diri.
“Benda tu cuma pakai kat sini aje,” ujarku perlahan. Aku menuding jariku ke arah tempat itu, supaya dia faham. “Perempuan aje yang boleh pakai. Ricky pun nak pakai ke?” Sindirku. Aku mahu mengenakannya.
     Ricky mulai faham maksud aku. Dia mula rasa segan.
“Eh, kau ingat aku tak tahu yang benda ni apa? Aku cuma nak main je,” jelasnya bohong. Dia cuba untuk menahan malu. Tapi sia-sia, aku tahu yang dia sudah nampak malu. Mukanya turut merah. Bagus ni! Aku boleh kenakan dia lagi.
“Tahu konon dengan kegunaan benda tu… Padahal tak tahu. Pakailah Ricky, tadi sibuk sangat kata nak pakai,” usikku. Dia menunjukkan reaksi.
“E… eh, siapa cakap! Aku tahulah. Aku cuma nak main je! Aku nak main baling-baling dengan benda ni,” Ricky membaling pad yang dipegangnya dari tadi ke arahku. Sempat juga aku mengelak. Kalau sudah termalu, itulah responnya.
“Hmm, Ricky… Ricky…” Aku ketawa kecil. Dia hanya membuat muka berlagaknya. Nampak comel.
     Ricky kembali mencari-cari barang di bilikku, mahu dicurinya nanti.
“Ricky, kenapa awak tidur kat atas bantal akak tadi?” Soalku. Baru aku teringat. Pagi tadi, sedap-sedap aje dia tidur di atas bantalku.
“Sebab bantal kau nampak empuk sangat,” balasnya selamba.
“Kakak nak buat peraturan lagi,” ujarku. “Mulai hari ini, jangan jejak pun kaki katak kamu tu kat atas katil akak. Faham? Kalau tak, pergi dari rumah akak” Ugutku.
“Huh, kau memang tak ikhlas! Tak ikhlas nak bagi tumpang tempat tinggal,” sindirnya. Eh, budak ni! Dia mahu kenakan aku balik pulak.
“Habis tu, tu aje yang boleh akak buat kalau nak Ricky ikut peraturan kakak. Nak buat macam mana lagi?” Jelasku padanya.
     Dia kembali membisu, mengopes barang-barangku. Aku kembali menjahit baju untuk Ricky. Lepas ni, aku nak jahitkan seluar pulak. Banyak lagi kerja aku ni.

Monday, November 29, 2010

Bab Lima


A
ku tidak nampak kelibat Ricky. Lajunya dia berjalan! Takkan dia dah sampai? Dia tahu rumah aku ke? Setibanya aku di hadapan rumah, aku cuba menjenguk kelibat Ricky di sekeliling, tetapi tidak dijumpai.
“Peliknya. Dia dah pergi buat selama-lamanya ke?” Soalku pelik. Kalau macam tu, bagus jugaklah.
“Siapa yang dah pergi? Aku ada kat sini je,” muncul satu suara. Aku pelik. Tiada orang, tapi kenapa ada suara.
     Mungkin katak tu agaknya. Aku cuba memandang ke bawah, memang ada!
“Hii… gelinya! Tak boleh ke awak kembali jadi manusia?” Meremang bulu roma aku melihat katak itu. Aku mulai panik.
“Eh, kau ingat aku boleh jadi manusia selama-lamanya ke? Aku lemah lagi, tau tak!” Bising Ricky. “Bawak aku masuk dalam bilik kau sekarang!” Arahnya.
“Eh, tau tak, akak geli sangat tengok katak. Jangan langkah setapak pun kat bilik akak nanti. Faham!” Aku memberi peraturan padanya. “Dah, masuk. Siapalah yang nak pegang dan hantarkan kau masuk.”
“Hmph, perempuan tak guna,” bisik perlahan Ricky. Seperti biasa, aku dengar akan umpatannya.
“Kalau awak menghina lagi kakak yang lebih tua daripada kamu ni, silakan berambus! Akak cakap betul ni,” ugutku. Hmph, dia ingat dia sorang je yang boleh mengugut orang. Aku lagi berkuasa.
“Itu bukannya menghina. Itu memang perkara yang benar,” sindirnya. Aku mula rasa geram. Penyapu yang bersandar di tepi tiang itu aku ambil.
“Kalau awak cakap lagi,” aku menghala perlahan penyapu ke arahnya. Dia mula gelabah. Tanpa apa-apa respon, dengan cepat dia melompat masuk ke dalam rumah.
“Ceh, memang keras kepala,” ujarku.

Nenek sudah pun tidur. Buat sementara ni, biarlah aku rahsiakan hal ini daripada nenek. Nanti mati terkejut pulak orang tua tu. Aku tak nampak si Ricky.
“Manalah dia tidur agaknya,” bisikku seorang diri.
    Aku masuk ke bilik tidurku dan menukar pakaian. Sebelum itu, aku memastikan si katak nakal tu tiada di sini. Nanti dia mengintai pulak aku ni. Aku belum percayakan dia sepenuhnya, walaupun dia masih kecil lagi.
“Hah, leganya… Hari ni memang memenatkan,” aku melabuhkan diri di atas katil. Nafas dihembus perlahan. Hari ni memang teruk. Aku jumpa budak yang kena sumpah dan beri dia tempat tinggal? Kenapa dengan aku ni? Cepat-cepat je bagi dia kebenaran untuk tinggal di rumahku.
“Hmm, anggap jelah yang aku rasa bersalah dengan dia. Aku dah lukakan telinga dia pulak tu, hehehe…” aku ketawa kecil, mengenang kembali saat aku menarik telinganya sekuat hati.
     Mataku mulai pejam. Aku harap, hari esok akan jadi lebih baik daripada hari ini. Memang hari ini satu hari yang amat memenatkan.

Bunyi loceng berbunyi. Aku tersedar dan menutup loceng tersebut. Hari ini hari sabtu. Hari kedai aku cuti. Aku memusingkan badan.
“Hah, seronoknya…” Aku mengukir senyum bahagia. Tanpa aku sedar, aku sudah lupa tentang hal katak tersebut.
     Tiba-tiba, aku terdengar seperti suatu bunyi yang pelik. Bunyi apa ni? Aku membuka mata perlahan. Katak tu tengah sedap tidur di atas bantal aku!
“Yak…!” Aku terus membaling bantal itu jauh dariku. Aku terkejut! Boleh pulak dia tidur kat sebelah aku! Menjijikkan!
“Aduh, sakitlah! Kau dah takde kerja ke pagi-pagi buta ni!” Jerit Ricky kesakitan. Seluruh badannya mulai bercahaya. Seperti sebelumnya.
“Ricky, awak dah nak berubah ke?” Soalku terkejut. Aku tak mahu melihat dia bogel di hadapanku lagi.
“Jangan pandang!” Jerit Ricky marah.
     Akhirnya, bentuk fizikalnya berubah, menjadi manusia. Dia melitupi badannya dengan selimut.
“Eh, kau. Kau ada baju tak? Aku nak pakai,” ujar Ricky. Dia nampak segan ketika menutup badannya dengan sehelai selimut nipis.
     Ah, baju lama mendiang ayah mesti ada lagi.
“Sekejap ya, akak ambilkan.”
     Aku mencari baju lama ayahku di almari. Ternyata masih tidak berusik. Tapi, nampak besarlah pulak.
“Okeylah ni daripada tak ada,” aku membawa sehelai baju dan seluar masuk kembali ke dalam bilik. Aku memberinya pakai.
“Maaflah, kalau baju dengan seluar ni besar. Tapi ini je yang ada,” ujarku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain.
“Kedekut! Pandai jahit tapi kedekut nak buatkan baju untuk aku,” rungutnya seakan menyindir. Aduh, budak ni! Mencabar kebatasan aku nampak.
“Kalau awak nak, akak boleh jahitkan. Banyak-banyak pun boleh. Akak tak kisah,” aku cuba untuk membangga diri.
“Hmph, jangan cakap je. Tapi, buat betul-betul.”
“Eh, budak ni. Okey, sekarang jugak akak jahitkan baju untuk Ricky!” Aku geram dengan ejekannya. Aku ni memang pantang dicabar. Aku ni penjahit paling handal dan pantas, tahu tak! Ricky hanya tersenyum menyindir.
     Kelakar pula aku tengok dia pakai baju lama ayah. Tapi baju ni lebih baik daripada baju yang dipakainya semalam. Hehehe… Bila fikir saja, mahu tergelak aku.

Aku mengambil mesin jahit mini yang senang dibawa ke mana saja. Aku meletakkan di atas katil. Aku menyilangkan kaki, cuba bertafakur. Sebentar nanti, aku akan tunjukkan kepada insan yang pelik ini, kehebatan sebenar aku! Hmph, tengok jelah.
“Ricky, tengok akak ya…” ujarku. Tak tahu kenapa, tapi aku sudah terbiasa memanggil diriku sebagai kakak. Maklumlah, adik-adik Joe semuanya memanggil aku kakak. Jadi, aku sudah terbiasa dengan menyebut kakak sebagai ganti namaku.
“Wah, apa tu? Hebatnya!” Ricky kagum melihat mesin jahit aku. Dia tak pernah tengok ke?
“Kenapa? Ricky tak pernah tengok ke?” Soalku.
“Tak. Apa benda ni?” Ricky amat serius sekali bertanyakan tentang fungsi mesin jahit ini. Aku tersenyum kecil. Seperti budak berumur lima tahun pula Ricky ni.
“Ini mesin jahit. Untuk jahit baju. Faham dah?”
“Aku nak! Aku nak curi mesin ni!” Ujar Ricky. Apa? Dia nak mesin ni? Eh, tak kuasa aku nak bagi dia. Dah le mahal aku beli ni! Gaji untuk dua bulan pulak tu.
“Ricky, budak-budak tak boleh ada benda ni. Bahaya tau,” aku cuba berbohong padanya. Dia kan tak tahu banyak perkara tentang mesin jahit ni. Bolehlah aku cuba berbohong padanya.
“Hmph, tak ada apa pun yang boleh menandingi kekuatan Ricky. Ni Ricky tau! Ricky,” ujarnya lagak berani. Comel pulak dia buat muka sombong macam tu.
“Bak sini, aku nak,” Ricky tiba-tiba mahu merampas mesin jahitku. Eh, dia ni.
“Ricky! Janganlah buat perangai! Jangan main-mainlah dengan benda ni. Akak nak jahit baju untuk Ricky ni,” ujarku. Dia ni mengalahkan budak-budak.
“Tak nak! Bak sini!!” Dia makin menarik dengan kasar. Aku makin geram dengan perangainya.
“Yak! Jangan buat perangailah! Akak dah bagi kau tinggal kat sini dah bagus!” Jeritku dengan kuat. Dia terdiam. “Jangan nak curi-curi pulak barang akak.”
     Tiba-tiba, nenek memanggil aku. Mungkin dia dengar jeritanku tadi. Alamak!
“Ricky, nenek akak dah nak datang ni. Sembunyi!” Aku panik.
“Biar le nenek kau datang,” ujar Ricky selamba.
“Ricky, jadi katak balik!”
“Asal pulak. Tak kuasa aku nak jadi katak balik.”
“Ricky! Masuk bilik air cepat!” Aku terus menolak Ricky masuk ke dalam bilik air.
“Eh, apa ni! Lepaskan akulah!” Marahnya. Aku lagi tengah marah tahu tak!
“Jangan bising! Kalau awak bising, pergi dari sini!” Ugutku. Hanya itu sahajalah kuasa yang aku ada untuk membuat dia patuh pada cakapku.
     Belum sempat aku tutup pintu bilik air, pintu bilikku sudah pun terbuka!