Latest Chapter :

Bab Enam :

-“Ricky, awak ada minum tak?” Soalku cuba mendapat kepastian. Bahaya betul budak ni.

-“Ricky, benda tu, perempuan je yang boleh pakai,” kataku berkias. Aku tak mahu terus direct aje.

-“Huh, kau memang tak ikhlas! Tak ikhlas nak bagi tumpang tempat tinggal,” sindirnya. Eh, budak ni! Dia mahu kenakan aku balik pulak.

Sunday, November 28, 2010

Bab Empat


A
ku dan dia turut sama menjerit memandang antara satu sama lain. Lututku mulai lemah, melihat seorang lelaki yang habis bogel di hadapanku. Apa lagi yang perlu dicakapkan? Aku sudah semestinya kaku bagai orang mati di situ.
“H… hei! Janganlah pandang sini! Perempuan tak tahu malu!” Jeritnya kuat. Mukanya kelihatan merah. Apa-apa pun, aku hanya memandang bahagian atas sahaja. Mataku takkan sesekali menjenguk bawahnya. Kemudian, aku respon kepadanya.
“Ah, minta maaf. Pa… pakailah baju dulu,” aku memusingkan badan.
      Eh, kenapa pulak aku minta maaf? Aku pun dah pening. Tapi, melihatkan dia yang kini adalah manusia, aku dah tak rasa panik lagi dengan rasa geli. Tapi, dia masih lagi seorang yang pelik! Dia ahli sihir ke?
“Eh perempuan, kau memang tak tahu malu ek! Gatal! Miang!” Jeritnya menghina. Dengan cepatnya, dia mencapai baju. Wah, sedapnya mengutuk aku! Aku berpusing ke arahnya.
“Hei, kau jangan nak biadap dengan aku. Kau dah le kecik! Aku lagi tua daripada kau tahu tak!” Ujarku. Aku mulai ketawa. “Hahaha…” Aku mulai ketawa besar.
“Eh, kau dah gila ke apa? Asal kau gelak hah!” ujarnya. Dia seperti menahan malu.
     Aku tergelak sebab dia memakai baju perempuan dan skirt yang baru siap dijahit oleh pekerja yang lain. Nampak kelakar sangat, tapi comel! Buat seketika, aku lupa yang dia ni adalah jelmaan dari katak.
“T… tak, takde apa-apa,” aku cuba menahan gelak.
“Kau, jangan murka pada tuan kau! Aku Tuan Ricky. Melutut depan aku sekarang!” Ketawaku terhenti. Aku memandang ke arahnya. Wajahnya kelihatan serius.
“Eh, a… asal pulak aku kena ikut cakap kau? Kau yang tak tahu malu datang kat aku. Kau cium aku pulak tu!” Aku cuba untuk memberanikan diri. Sudahlah dia merampas ciuman pertama aku, kali ini dia mahu aku menurut perintahnya pulak. Besar betul pangkat dia. Ricky ya nama dia.
“Kau, melutut!” Dia menuding jarinya ke arahku. Aku terdiam. Adakah itu sihirnya, seperti yang berlaku sebelum ni? Adakah aku akan mendengar arahan darinya secara paksaan melalui magiknya?
“Eh, asal kau tak melutut lagi ni?” Soal Ricky pelik. Kenapa aku tak melutut pun bila dia ungkaikan sihir pada aku?
“Ah, tak ada apa-apa berlakulah,” aku melihat tubuhku dari atas hingga bawah. Tiada apa yang berubah, mahupun menurut katanya. Sihir dia tak menjadi ke?
“Ah, mungkin ke aku masih lemah lagi,” Ricky membisik sendiri. Tetapi, aku dengar apa yang dibisiknya. Dia lemah lagi? Oh, mungkin ke sebab tu sihir dia tak menjadi? Bagus! Peluang aku ni. Aku nak kerjakan dia habis-habisan.
“Oh, kau dah takde kuasalah ni,” nada suaraku mula menyamainya, iaitu seperti syaitan.
“A… apa yang kau nak buat hah?” Ricky mula gelabah. Dia melangkah ke belakang perlahan-lahan.
“Heh heh heh… Kau ingat kau tu hebat sangat. Nah, ambik ni! Kau rasakan kuasa daripada seorang kakak yang lebih tua daripada kau!”
     Tanpa rasa takut pun dengan katak jelmaan itu, aku terus menarik kedua-dua belah telinganya sekuat yang mampu. Dia ni bukannya manusia pun. Aku takkan kesiankan dia walaupun dia meraung kesakitan.
“Aargh, sakitlah! Sakit…!” Ricky menjerit sekuat hati. Entah kenapa, jeritannya menunjukkan bahawa dia memang betul-betul rasa sakit yang teramat sangat. Aku melepaskan tanganku.
“A… awak sakit ke?” Soalku perlahan. Dia sudah pun pantas melarikan diri jauh dariku.
“Sakit tahu tak! Kau ingat aku ni apa?” Ricky memarahi aku. Matanya seperti berair. Alamak, aku overreacted ke tadi? Ah, lupa pulak! Kuasa dia dah hilang, mungkin sebab tulah dia boleh rasa sakit.
     Aku menghampirinya perlahan. Dia sedang duduk memegang telinganya di penjuru bilik jahit yang kecil ini.
“Awak, nak saya tengokkan ke? Nak ubat tak?” Aku cuba mahu menolong. Salah aku jugak, dia jadi begini.
“Tak nak! Kau jahat!” Ricky menjerit sekuat hatinya. Air mata mula mengalir membasahi pipinya. Aku rasa bersalah pulak. Telinganya nampak merah.
“Mehlah sini akak tengok,” Aku pergi ke arahnya. Dia cuba menendang aku. Tapi, dapat aku tahan. “Minta maaflah. Akak ingat awak tak rasa sakit tadi. Awak kan raksaksa,” ujarku lagi.
“Siapa pulak raksaksa! Aku kena sumpah je. Aku ni manusia jugak, tau tak!” Jelas Ricky.
     Lah, dia ni memang betul manusia ke? Bukan jelmaan raksaksa?
“Awak kena sumpah?” Aku cuba menyoalnya.
“Ya, aku kena sumpah!” Jeritnya lagi. Bingit telinga aku mendengar jeritan amarahnya.
“Kesiannya awak. Akak tak tahu pun kamu ni macam mana. Meh, akak sapu ubat,” aku mencapai kotak keselamatan di dalam laci meja. Dia hanya duduk di situ, tak membantah.
“Ah, sakitlah. Perlahanlah sikit,” ujar Ricky. Aku sedang menyapu ubat sedikit di telinganya. Merah sangat kulit dia yang putih tu.
“Ya, akak perlahanlah ni,” ujarku. “Nakal kamu ni,” aku cuba menenangkannya lagi dengan mengusap perlahan rambutnya.
“Eh, kau ingat aku binatang ke?” Marahnya. Bila difikirkan balik, aku pun tak suka bila Joe usap rambut aku. Aku dah terikut pulak perangai si Joe ni.
“Malam ni, mulai hari ni, aku nak tidur dekat rumah kau!” ucapnya.
“Hah? Awak tak ada rumah ke?” Soalku pelik.
“Saya memang tak berumah, sejak lahir lagi. Sebab tulah, aku nak tidur kat rumah kau, mulai hari ni!” Ricky membuat keputusannya muktamad.
“Hmm, yelah. Akak tak kisah. Kamu boleh tinggal kat rumah kakak,” balasku. Aku tak kisah sebab kesian dia tak berumah. Lagipun, rumah aku tu bukannya ada sesiapa pun. Dia ni bukanlah nampak samseng sangat, cuma nakal je. Ricky seolah-olah terkejut dengan apa yang aku cakap.
“Saya nak tidur sebilik dengan awak jugak!” Ujarnya lagi. Wah, sampai nak tidur sebilik. Melampau!
“Eh, yang kamu ni kenapa? Tak tahu malu. Akak dah bagi tumpang dah bagus. Tak nak bagi karang,” aku cuba mengugutnya. Tak kuasa aku nak tidur sebilik dengan dia. Bukannya dia tu budak kecik lagi!
“Su… suka hati akulah nak buat apa-apa pun! Dah, aku nak balik! Aku nak tidur kat katil yang empuk!” Ricky bangun dari situ. Aku yang mencangkung dari tadi terduduk oleh tolakan kecilnya. Eh, dia ni! Dah bagi betis, nak paha.
    Belum sempat aku mahu berkata apa-apa, dia sudah pun hilang dari sini. Dia tahu ke rumah aku? Hisy, dia ni! Aku belum beritahu nenek lagi pulak tu. Baik aku tutup kedai cepat.

No comments:

Post a Comment