Latest Chapter :

Bab Enam :

-“Ricky, awak ada minum tak?” Soalku cuba mendapat kepastian. Bahaya betul budak ni.

-“Ricky, benda tu, perempuan je yang boleh pakai,” kataku berkias. Aku tak mahu terus direct aje.

-“Huh, kau memang tak ikhlas! Tak ikhlas nak bagi tumpang tempat tinggal,” sindirnya. Eh, budak ni! Dia mahu kenakan aku balik pulak.

Monday, November 29, 2010

Bab Lima


A
ku tidak nampak kelibat Ricky. Lajunya dia berjalan! Takkan dia dah sampai? Dia tahu rumah aku ke? Setibanya aku di hadapan rumah, aku cuba menjenguk kelibat Ricky di sekeliling, tetapi tidak dijumpai.
“Peliknya. Dia dah pergi buat selama-lamanya ke?” Soalku pelik. Kalau macam tu, bagus jugaklah.
“Siapa yang dah pergi? Aku ada kat sini je,” muncul satu suara. Aku pelik. Tiada orang, tapi kenapa ada suara.
     Mungkin katak tu agaknya. Aku cuba memandang ke bawah, memang ada!
“Hii… gelinya! Tak boleh ke awak kembali jadi manusia?” Meremang bulu roma aku melihat katak itu. Aku mulai panik.
“Eh, kau ingat aku boleh jadi manusia selama-lamanya ke? Aku lemah lagi, tau tak!” Bising Ricky. “Bawak aku masuk dalam bilik kau sekarang!” Arahnya.
“Eh, tau tak, akak geli sangat tengok katak. Jangan langkah setapak pun kat bilik akak nanti. Faham!” Aku memberi peraturan padanya. “Dah, masuk. Siapalah yang nak pegang dan hantarkan kau masuk.”
“Hmph, perempuan tak guna,” bisik perlahan Ricky. Seperti biasa, aku dengar akan umpatannya.
“Kalau awak menghina lagi kakak yang lebih tua daripada kamu ni, silakan berambus! Akak cakap betul ni,” ugutku. Hmph, dia ingat dia sorang je yang boleh mengugut orang. Aku lagi berkuasa.
“Itu bukannya menghina. Itu memang perkara yang benar,” sindirnya. Aku mula rasa geram. Penyapu yang bersandar di tepi tiang itu aku ambil.
“Kalau awak cakap lagi,” aku menghala perlahan penyapu ke arahnya. Dia mula gelabah. Tanpa apa-apa respon, dengan cepat dia melompat masuk ke dalam rumah.
“Ceh, memang keras kepala,” ujarku.

Nenek sudah pun tidur. Buat sementara ni, biarlah aku rahsiakan hal ini daripada nenek. Nanti mati terkejut pulak orang tua tu. Aku tak nampak si Ricky.
“Manalah dia tidur agaknya,” bisikku seorang diri.
    Aku masuk ke bilik tidurku dan menukar pakaian. Sebelum itu, aku memastikan si katak nakal tu tiada di sini. Nanti dia mengintai pulak aku ni. Aku belum percayakan dia sepenuhnya, walaupun dia masih kecil lagi.
“Hah, leganya… Hari ni memang memenatkan,” aku melabuhkan diri di atas katil. Nafas dihembus perlahan. Hari ni memang teruk. Aku jumpa budak yang kena sumpah dan beri dia tempat tinggal? Kenapa dengan aku ni? Cepat-cepat je bagi dia kebenaran untuk tinggal di rumahku.
“Hmm, anggap jelah yang aku rasa bersalah dengan dia. Aku dah lukakan telinga dia pulak tu, hehehe…” aku ketawa kecil, mengenang kembali saat aku menarik telinganya sekuat hati.
     Mataku mulai pejam. Aku harap, hari esok akan jadi lebih baik daripada hari ini. Memang hari ini satu hari yang amat memenatkan.

Bunyi loceng berbunyi. Aku tersedar dan menutup loceng tersebut. Hari ini hari sabtu. Hari kedai aku cuti. Aku memusingkan badan.
“Hah, seronoknya…” Aku mengukir senyum bahagia. Tanpa aku sedar, aku sudah lupa tentang hal katak tersebut.
     Tiba-tiba, aku terdengar seperti suatu bunyi yang pelik. Bunyi apa ni? Aku membuka mata perlahan. Katak tu tengah sedap tidur di atas bantal aku!
“Yak…!” Aku terus membaling bantal itu jauh dariku. Aku terkejut! Boleh pulak dia tidur kat sebelah aku! Menjijikkan!
“Aduh, sakitlah! Kau dah takde kerja ke pagi-pagi buta ni!” Jerit Ricky kesakitan. Seluruh badannya mulai bercahaya. Seperti sebelumnya.
“Ricky, awak dah nak berubah ke?” Soalku terkejut. Aku tak mahu melihat dia bogel di hadapanku lagi.
“Jangan pandang!” Jerit Ricky marah.
     Akhirnya, bentuk fizikalnya berubah, menjadi manusia. Dia melitupi badannya dengan selimut.
“Eh, kau. Kau ada baju tak? Aku nak pakai,” ujar Ricky. Dia nampak segan ketika menutup badannya dengan sehelai selimut nipis.
     Ah, baju lama mendiang ayah mesti ada lagi.
“Sekejap ya, akak ambilkan.”
     Aku mencari baju lama ayahku di almari. Ternyata masih tidak berusik. Tapi, nampak besarlah pulak.
“Okeylah ni daripada tak ada,” aku membawa sehelai baju dan seluar masuk kembali ke dalam bilik. Aku memberinya pakai.
“Maaflah, kalau baju dengan seluar ni besar. Tapi ini je yang ada,” ujarku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain.
“Kedekut! Pandai jahit tapi kedekut nak buatkan baju untuk aku,” rungutnya seakan menyindir. Aduh, budak ni! Mencabar kebatasan aku nampak.
“Kalau awak nak, akak boleh jahitkan. Banyak-banyak pun boleh. Akak tak kisah,” aku cuba untuk membangga diri.
“Hmph, jangan cakap je. Tapi, buat betul-betul.”
“Eh, budak ni. Okey, sekarang jugak akak jahitkan baju untuk Ricky!” Aku geram dengan ejekannya. Aku ni memang pantang dicabar. Aku ni penjahit paling handal dan pantas, tahu tak! Ricky hanya tersenyum menyindir.
     Kelakar pula aku tengok dia pakai baju lama ayah. Tapi baju ni lebih baik daripada baju yang dipakainya semalam. Hehehe… Bila fikir saja, mahu tergelak aku.

Aku mengambil mesin jahit mini yang senang dibawa ke mana saja. Aku meletakkan di atas katil. Aku menyilangkan kaki, cuba bertafakur. Sebentar nanti, aku akan tunjukkan kepada insan yang pelik ini, kehebatan sebenar aku! Hmph, tengok jelah.
“Ricky, tengok akak ya…” ujarku. Tak tahu kenapa, tapi aku sudah terbiasa memanggil diriku sebagai kakak. Maklumlah, adik-adik Joe semuanya memanggil aku kakak. Jadi, aku sudah terbiasa dengan menyebut kakak sebagai ganti namaku.
“Wah, apa tu? Hebatnya!” Ricky kagum melihat mesin jahit aku. Dia tak pernah tengok ke?
“Kenapa? Ricky tak pernah tengok ke?” Soalku.
“Tak. Apa benda ni?” Ricky amat serius sekali bertanyakan tentang fungsi mesin jahit ini. Aku tersenyum kecil. Seperti budak berumur lima tahun pula Ricky ni.
“Ini mesin jahit. Untuk jahit baju. Faham dah?”
“Aku nak! Aku nak curi mesin ni!” Ujar Ricky. Apa? Dia nak mesin ni? Eh, tak kuasa aku nak bagi dia. Dah le mahal aku beli ni! Gaji untuk dua bulan pulak tu.
“Ricky, budak-budak tak boleh ada benda ni. Bahaya tau,” aku cuba berbohong padanya. Dia kan tak tahu banyak perkara tentang mesin jahit ni. Bolehlah aku cuba berbohong padanya.
“Hmph, tak ada apa pun yang boleh menandingi kekuatan Ricky. Ni Ricky tau! Ricky,” ujarnya lagak berani. Comel pulak dia buat muka sombong macam tu.
“Bak sini, aku nak,” Ricky tiba-tiba mahu merampas mesin jahitku. Eh, dia ni.
“Ricky! Janganlah buat perangai! Jangan main-mainlah dengan benda ni. Akak nak jahit baju untuk Ricky ni,” ujarku. Dia ni mengalahkan budak-budak.
“Tak nak! Bak sini!!” Dia makin menarik dengan kasar. Aku makin geram dengan perangainya.
“Yak! Jangan buat perangailah! Akak dah bagi kau tinggal kat sini dah bagus!” Jeritku dengan kuat. Dia terdiam. “Jangan nak curi-curi pulak barang akak.”
     Tiba-tiba, nenek memanggil aku. Mungkin dia dengar jeritanku tadi. Alamak!
“Ricky, nenek akak dah nak datang ni. Sembunyi!” Aku panik.
“Biar le nenek kau datang,” ujar Ricky selamba.
“Ricky, jadi katak balik!”
“Asal pulak. Tak kuasa aku nak jadi katak balik.”
“Ricky! Masuk bilik air cepat!” Aku terus menolak Ricky masuk ke dalam bilik air.
“Eh, apa ni! Lepaskan akulah!” Marahnya. Aku lagi tengah marah tahu tak!
“Jangan bising! Kalau awak bising, pergi dari sini!” Ugutku. Hanya itu sahajalah kuasa yang aku ada untuk membuat dia patuh pada cakapku.
     Belum sempat aku tutup pintu bilik air, pintu bilikku sudah pun terbuka!

1 comment: