Latest Chapter :

Bab Enam :

-“Ricky, awak ada minum tak?” Soalku cuba mendapat kepastian. Bahaya betul budak ni.

-“Ricky, benda tu, perempuan je yang boleh pakai,” kataku berkias. Aku tak mahu terus direct aje.

-“Huh, kau memang tak ikhlas! Tak ikhlas nak bagi tumpang tempat tinggal,” sindirnya. Eh, budak ni! Dia mahu kenakan aku balik pulak.

Friday, November 26, 2010

Bab Dua


T
idak… Tidak… Tak mungkin… Tak mungkin!
“Tidak!” Jeritku sekuat hati.
     Aku tersedar. Aku kat mana ni? Kat bilik tidur?
“Mimpi? Mimpi je…” aku menghembuskan nafas lega. “Selamat itu cuma mimpi je.”
“Kenapa aku mimpi benda pelik malam tadi? Nampak real pulak tu.”
     Walaupun aku sedar ini hanya mimpi, tapi aku rasa mimpi tu macam betul-betul pernah berlaku.
“Jin Ah! Jin Ah!” Jerit nenek. Nenek!
“Nenek!” Jeritku sejurus aku mendengar panggilan darinya.
“Jin Ah, kenapa kamu menjerit ni? Berderau darah nenek dengar kamu menjerit tadi,” resah nenek. Mana tidaknya, aku rasa jeritan aku tadi, satu kampung boleh dengar.
“Nenek…” Aku segera bangun dari katil dan mahu memeluk nenek. “Oh mak nenek!” Belum sempat aku berdiri, selimut yang berada di atas lantai membuat aku jatuh terjelopok ke lantai.
“Jin Ah, kenapa dengan kamu ni!” Ujar nenek risau. Kenapalah cucunya kelam kabut pagi-pagi buta hari ni?
“Nenek… Sakit…” Aku menahan sakit. “Kenapa Jin Ah kena jatuh pulak ni,” rungutku. Aku segera bangun dan memicit lenganku yang melecet.
“Hisy kamu ni, dah takde kerja lain ke. Kenapa kelam kabut ni? Dah lambat pergi kerja ke?” Soal nenek. Sambil itu, nenek memicit-micit lenganku.
“Nenek… Jin Ah mimpi buruk malam tadi. Geli sangat!” Aku memberitahu nenek tentang apa yang berlaku.
“Mimpi apa yang geli sangat tu? Aduh, cucu aku sorang ni! Macam manalah kalau tangan kamu dah berparut nanti?” Nenek dari tadi risau dengan keadaan lenganku yang hanya melecet sedikit.
“Nenek, Jin Ah mimpi ada katak berlendir yang menjijikkan cium Jin Ah,” jelasku.
“Itu nak menggatal namanya,” nenek menolak lembut jarinya ke arah dahiku. “Kau dah menggatal nak kahwin ke?”
“Nenek, Apa pulak orang nak menggatal pasal kahwin! Mimpi tu geli tau! Katak busuk dan berlendir tu cium Jin Ah kat bibir ni,” aku memegang bibirku dan menunjukkannya kepada nenek.
“Mana ada. Kalau kau dah kena cium dengan katak, mesti mulut kau pun dah sama macam katak!” Sindir nenek. Nenek akhirnya menggelakkan aku.
“Dah, pergi siap-siap mandi. Pergi kerja,” ujar nenek lagi. Nenek kemudiannya keluar dari bilikku, meneruskan kerja-kerja dapur yang tertangguh tadi.
“Hiii… Aku rasa tak puas hati jugaklah! Asal aku mimpi pasal benda yang paling menjijikkan tu? Teruknya!” Ujarku seorang diri.
     Aku segera bangun dan masuk ke bilik air. Aku nak lap bersih-bersih bibir aku ni, walaupun cuma mimpi.

*****
Tanpa Jin Ah sedari, sebenarnya mimpi itu benar-benar wujud! Ianya berlaku pada malam tadi. Dan, katak tu sudah pun berada di rumahnya.
“Sialan punya budak! Ada ke patut dia kata aku ni menggelikan, menjijikkan,” ujar katak itu tak puas hati. “Cium kau lagi menggelikan tau tak!”
     Selepas katak itu mencium Jin Ah pada malam semalam di stor lama itu, kini bentuk dan rupanya telah berubah sepenuhnya menjadi manusia. Tetapi, hanya sebentar sahaja. Kerana pada malam hari, dia akan bertukar kembali menjadi katak.
“Ni Ricky tau! Ricky. Kau tau jelah nanti dengan siapa kau berurusan,” ujarnya. Dia menggelarkan dirinya sebagai Ricky.
     Sudah semalaman Ricky duduk di dalam almari Jin Ah untuk bersembunyi. Selepas kejadian semalam, Ricky telah memikul Jin Ah pulang ke rumah secara senyap dan menghilangkan ingatan neneknya pada malam itu. Oleh sebab itulah, tenaganya sangat lemah. Dia juga lemah kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dari serangan burung hantu semalam.
    Keadaan Ricky masih lemah untuk bersemuka dengan hambanya yang sedap-sedap saja menghina dan mengutuk rupanya yang telah disumpah ini. Kalau nak diikutkan, mahu saja Ricky menyeksa perempuan itu. Baru dia tahu, siapakah manusia yang berani dia ejek dan kutuk itu.
“Kau tahu jelah, malam ni, kau akan menjerit ketakutan,” Ricky hanya tersengih bak syaitan.
     Ricky kembali bersembunyi, tetapi kali ini dia bersembunyi di bawah katil.
“Mulai hari ni, ke mana je kau pergi, aku akan ikut,” ujarnya lagi.
*****

Aku sudah pun bersiap-siap untuk pergi bekerja. Aku bekerja sebagai tukang jahit di Kedai Jahit Suzy, iaitu salah sebuah kedai jahit yang popular di Bandar ChooSang ini.
     Setiap pagi, pasti aku akan hidu bau wangi dari kedai roti milik keluarga Joe, teman baikku dari kecil.
“Haa… sememangnya segar! Tapi, rasa loya pulak,” entah kenapa, bila aku teringatkan mimpi aku malam tadi, aku terasa yang bau roti ni macam bau busuk katak dalam mimpi tu. Loyanya tekak aku.
     Aku melangkah masuk ke dalam Kedai Jahit Suzy dari pintu belakang, seperti kebiasaan. Beberapa pekerja lain sudah pun memulakan tugasnya menjahit.
“Selamat pagi…” ucapku tak bersemangat.
“Hai, kenapa pulak ni? Takde mood ke?” Soal Kyung Min, kawan baikku dari tempat kerja.
“Aku rasa tak bermaya…” rungutku. Aku menghampiri Kyung Min.
“Kenapa ni? Joe ada confessed feeling dia kat kau ke?” Usiknya. Kenapalah dia bangkitkan hal tentang Joe pulak ni.
“Taklah. Malam tadi aku mimpi ada katak cium aku. Geli sangat!”
“Kau ni memang patut pun mimpi macam tu! Baru hilang sikit rasa geli kau yang terlampau over sangat,” ujar Kyung Min. “Sebab kau geli sangatlah, kau dapat mimpi tu.”
“Hmm, betul kot apa yang kau cakap tu… Sebab tulah agaknya…” balasku lemah. Mungkin betul kata Kyung Min, aku mimpi pasal benda tu pun mungkin sebab aku terlalu geli dan cepat panik kalau ada benda menyentuhku secara lembut.
“Dah, pergi buat kerja. Kalau loya lagi, pergilah jumpa kekasih hati kau tu,” usiknya lagi. Dia ni, memang tak habis-habis nak mengusik aku.
     Kyung Min hanya menggeleng perlahan. “Apalah yang tak kena dengan perangai kawan aku sorang ni.”
     Aku menuju ke meja kerjaku. Sambil itu, aku sempat berfikir mengenai Joe. Joe adalah seorang lelaki yang paling aku rasa selesa ketika bersama. Aku memang ada jugak menyimpan perasaan pada dia, sikit jelah. Tapi, dia macam buat tak tau je! Di matanya, dia hanya ingat yang aku ni cuma budak kecil. Aku tak patut menaruh hati padanya sangat. Macam menunggu kucing bertanduk saja.

*****
Tanpa Jin Ah sedari, Ricky mengekorinya dari belakang. Ricky pelik. Kenapa keadaan di sekitarnya nampak berbeza? Kenapa bangunan-bangunan yang berada di sini nampak berlainan?
“Peliknya… Lepas aku dah lenyap dua hari yang lepas, korang seronok je bina benda baru eh! Kau tahulah, nanti aku curi balik semua harta-harta kau tak lama lagi,” bisik Ricky seorang. Sepanjang dia berjalan melihat bangunan-bangunan yang kian mewah di sekelilingnya, dia sempat meludah di atas jalan yang cantik bersimen putih, bagai laluan untuk diraja itu.
     Pada waktu pagi yang sejuk dan redup itu, Ricky sudah pun kembali menunjukkan sifat samsengnya yang terhenti sebelum ini disebabkan oleh sumpahan dari seorang nenek tua. Ricky merupakan seorang pencuri yang terlalu nakal dan aktif sepanjang masa. Setiap jam, pasti akan ada barang yang hilang akibat dari perbuatannya.
     Sehinggalah seorang nenek tua muncul ketika Ricky sedang leka mandi di sebatang anak sungai, menyihir sesuatu kearahnya sehingga menukarkan rupa bentuk fizikalnya kepada seekor katak dan berpesan bahawa,
‘Hanya ciuman dari bibir katakmu untuk seorang gadis yang suci sahaja akan menyembuhkan penyakitmu’.
     Lalu, Ricky yang sudah pun berubah menjadi seekor katak, ditidurkan olehnya juga melalui sihir.

1 comment:

  1. Ish.. cepatlah sambung! tak sabar dah ni!! best giler ah citer ni.. cepatlah sambung!!

    ReplyDelete