Latest Chapter :

Bab Enam :

-“Ricky, awak ada minum tak?” Soalku cuba mendapat kepastian. Bahaya betul budak ni.

-“Ricky, benda tu, perempuan je yang boleh pakai,” kataku berkias. Aku tak mahu terus direct aje.

-“Huh, kau memang tak ikhlas! Tak ikhlas nak bagi tumpang tempat tinggal,” sindirnya. Eh, budak ni! Dia mahu kenakan aku balik pulak.

Sunday, November 28, 2010

Bab Tiga


A
h, penatnya. Baru petang, dah rasa tak bermaya. Kenapalah aku hari ni. Mimpi tu memang mengusutkan akulah. Satu kerja pun tak jadi. Aku dah macam trauma pulak nak tengok katak.
     Alamak, sepatutnya sekarang ni waktu aku beli roti untuk nenek dari kedai Joe tu. Baik aku pergi sekarang.
“Kyung Min, macam biasa. Hehe…” ujarku pada Kyung Min. Memang inilah rutin aku setiap hari pada waktu petang, iaitu membeli sebuku roti dari kedai kawan baik aku.
“Yelah. Go go awaylah ya.Jangan masam muka pulak kat dia nanti,” sindir Kyung Min. Aku hanya mengendahkan usikannya.
       Entah kenapa, semasa aku sedang menuju ke kedai roti Joe, aku perasan macam ada orang sedang mengekori aku dari belakang. Aku cuba juga menoleh belakang beberapa kali, tapi tak ada pulak benda yang pelik. Hmm, perasan aku je kot.

Aku masuk ke dalam kedai roti Joe dengan segera. Meremang pulak bulu roma aku dengan keadaan ni.
“Hah, datang pun Jin Ah! Asal lambat?” Ujar Joe beri salam padaku.
“Umm, ada kerja sikit tadi,” balasku perlahan. Aku tutup pintu kedai itu dengan rapat.
“Meh sini, rasa abang punya ciptaan roti yang baru,” ujar Joe riang. Dia menarik lembut lenganku dan membawa aku duduk di meja kecil itu. Aku menggelarkan Joe sebagai abang. Dia yang suruh aku cakap macam tu 3 tahun yang lepas. Aku ingat dia sukakan aku. Tapi, dia cuma anggap aku sebagai adik saja. Hmph, melepas aku!
“Hmm, nenek mesti suka. Apa-apa yang Joe buat,” aku memujinya. Roti ciptaan barunya dibelek. Aku mencuit sedikit dan makan.
“Macam mana? Sedap tak?” Soal Joe tidak sabar.
“Hmm, okey je. Ada tat nenas eh?” jawabku. Dia tidak tahu yang aku tengah rasa mual sekarang ni. Semua makanan aku bau macam katak. Aku ni memang dah trauma agaknya.
“Okey je ke? Tak sedaplah tu,” rungutnya. “Penat abang buat.”
“Takdelah. Sedap sangat. Cuma dah kenyang je,” aku cuba menafikan kata-katanya. Merajuk pulak nanti si Joe kalau aku makan roti dia tak ikhlas.
“Mak ayah abang mana? Tak nampak pun?” Soalku pelik. Selalunya, mereka pasti ada di sekitar sini.
“Ah, diorang pergi balik dulu. Ada majlis kahwin,” jawab Joe. “Dengar kata, majlis kahwin tu bertemakan warna hijau. Ramai pulak yang pakai warna hijau bulan ni.”
     Hah, hijau? Nak membayangkan warna hijau saje dah buat aku pening semacam.
“Oh, ada majlis kahwin,” balasku perlahan. “Joe, roti untuk nenek dah siap ke? Nenek nak kiss lagi, hehe…” ketawaku kecil.
“Oh, kejap eh. Abang pergi dapur jap,” Joe segera pergi ke dapur. Aku kini berseorangan di dalam kedai roti ini. Pelanggan pun dah takde rasanya.
     Tiba-tiba, ada seorang budak muncul di tepiku entah dari mana memakan lebihan roti ciptaan baru Joe tanpa bertanya kebenaran.
“Mmm, sedapnya! Siapa yang buat roti ni?” Budak itu bersuara. Dia kelihatan gembira memakan roti itu. Sedap pulak budak ni makan. Nanti Joe marah pulak. Mungkin dia nak simpan sikit untuk adiknya nanti di rumah.
“Eh, adik. Adik tak boleh makan lagi ya. Ini bukan untuk dijual. Adik boleh makan roti yang lain,” aku cuba berbicara dengan budak itu secara baik.
     Dia menjelingku! Aku kaget. Alamak, budak ni macam samseng je. Takut pulak aku nak tegur dia. Tapi, roti tu. Aku cuba menarik bakul yang berisi roti itu perlahan, jauh darinya.
“Hei budak! Kau jangan kacaulah. Perempuan gila,” dengan tiba-tiba, dia menghina dan memarahi aku! Amboi, sedapnya mulut! Wei, budak, aku tahulah kau ni budak samseng. Tapi aku lagi tua daripada kau tau tak! Sekurang-kurangnya, hormat aku.
“Eh, jangan nak biadap eh dengan kakak. Kalau kau nak makan sangat, bayar. Bayar dengan harga yang tinggi! Sebab roti ni roti baru,” aku cuba untuk menasihatinya, dan mengugutnya. Kalau dia nak makan sangat, bayarlah. Nampak macam tak berduit je.
“Kau diam boleh tak? Dah le busuk! Perangai pun tak senonoh. pergi jelah jauh-jauh,” ujar budak itu selamba. Dia masih memakan roti itu dengan rasa selera. Dia mengendahkan teguranku.
     Ah, tengkuk aku. Aku memegang tengkuk aku. Daripada tak sakit, boleh jadi sakit tengkuk aku. Wah, budak ni. Anak siapa ni? Melampau-lampau perangai dia. Ada yang aku kerjakan nanti, baru tau.
“K… kau pergi sekarang. Pergi. Pergi sebelum abang akak datang,” aku cuba menggertaknya. Mana pulak Joe ni, tak muncul-muncul lagi. Bila Joe dah muncul nanti, tahulah dia berdepan dengan tauke kedai ni.
“Kau tahu jelah. Buekk…” Budak itu menjelirkan lidahnya padaku. Dia terus beredar dari situ.
“Wah, budak ni. Apa perangailah dia tu. Dia ingat dia siapa?” Aku mengumpatnya seorang diri.
“Siapa apa Jin Ah?” Soal Joe yang baru saja muncul dari dapur.
“Ah, takde. Tadi ada budak nakal makan roti awak ni. Saya cuba halang, mana tahu kalau awak nak. Tapi, dia tak dengar pun cakap saya,” jelasku.
“Ah, takpelah. Bagilah dia makan. Mungkin lapar tu,” ujar Joe lembut. Dia kelihatan tenang saja. Selamatlah dia tak kisah. Tapi, aku ni kisah! Geram pulak aku dengan budak tu. Kalau aku jumpa dia lagi, mahu saja aku sekel-sekel kepala dia.
“Nah, rotinya. Saya dah cium banyak-banyak! Awak pun makan tau! Biar Jin Ah bertambah sayang dengan abang,” ujarnya gembira. Eh, Joe ni. Ada-ada je. Sebab perkara nilah, aku asyik ingat yang Joe ni sebenarnya sukakan aku. Tapi, aku silap sama sekali.
“Siapalah nak makan roti yang dah kena ciuman abang? Sorrylah,” sindirku. “Okeylah, Jin Ah pergi dulu.”
“Mmm, jalan baik-baik. Hisy, makan tau! Nampak tak bermaya je ni,” Joe mengusap rambutku kuat, macam pulak aku ni kucing peliharaannya.

Aku keluar dan menuju kembali ke tempat kerja. Sesekali, ada juga aku menjeling di setiap kawasan, mahu mencari budak yang kurang sopan tadi.
“Hmph, bila aku jumpa kau, kenalah kau!” Bisikku dalam hati.
     Aku kembali menjahit macam biasa. Aku menyambung jahitan yang ditangguhkan tadi. Rasanya, aku nak balik lewat sikitlah. Nak habiskan satu baju ni.
     Petang yang redup tadi kian menggelap, selepas sejam berlalu. Para pekerja yang sibuk menjahit tadi, semuanya sudah bersedia untuk pulang.
“Min, hari ni, aku balik lewat sikit tau. Nak habiskan satu baju nilah,” ujarku pada Min. Hari ini, dia yang bertugas untuk mengunci pintu kedai.
“Ya ke? Okeylah kalau macam tu. Nak aku tunggu kau sekali ke?” Balas Kyung Min.
“Eh, tak payah susah-susah. Aku boleh je sorang-sorang. Kau bagi jelah aku kunci kedai. Nanti aku tutup sendiri,” jawabku pantas. Aku tak mahu menyusahkan dia.
“Betul kau okey sorang-sorang ni?” Soal Min, mahu menawarkan dirinya buat kali terakhir.
“Iya. Tapi, kau tolong ni ya. Hantarkan roti ni kat nenek aku,” aku memberikan bungkusan roti tadi kepada Kyung Min. Rumah Kyung Min tidak berada jauh dari rumahku. Jadi, senang sajalah untuk aku minta tolongnya.
“Hmm, yelah,” balas Min pendek. “Kau jangan tertidur pulak. Nanti aku cakap kat nenek kau yang kau balik lewat.”
     Kyung Min melambaikan tangannya kepadaku. Dia akhirnya keluar, bunyi motornya kedengaran. Dia sudah pulang menuju ke rumah. Aku tinggal sorang di sini. Lampu dibuka terang. Aku masih trauma dengan mimpi tu. Takut pulak bila dah duduk sorang-sorang kat sini.
     Sedang aku asyik menjahit baju yang perlu disiapkan malam ini, aku melihat seperti ada kelibat manusia melintas di hadapanku. Aku terkejut! Aku memerhatikan sekeliling. Tapi, tiada apa-apa.
“Mungkin bayang agaknya,” aku cuba untuk menyedapkan hati.
     Selang beberapa minit lagi, timbunan pakaian yang berada di atas meja kerjaku seperti bergerak-gerak. Aku menelan air liur. Mungkin ke itu binatang? Tikus ke?
     Makin lama, benda di sebalik timbunan pakaian makin bergerak pantas. Seperti melompat-lompat. Aku mencapai penyapu. Dengan perlahan, aku menghampirinya. Aku cuba untuk memberanikan diri. Aku mengira dengan kiraan tiga.
“Satu… Dua… Tiga!” Aku menjerit sekuat hati. Timbunan baju itu aku tarik dengan sekuat hati. Aku terkejut!
“Lah, katak rupanya. Aargh, gelinya! Kenapa aku jumpa katak yang menjijikkan pulak ni!” ujarku. Aku masih belum lega sepenuhnya, kerana benda tu adalah katak! Aku cuba menghalakan penyapu perlahan ke arahnya. Aku cuba untuk menghalaunya keluar.
“Hei, perempuan. Lama tak jumpa?” Tiba-tiba satu suara lelaki kedengaran. Siapa? Aku sorang aje kat sini. Mungkin ke katak tu yang bercakap? Mungkin ke mimpi aku tu betul? Aku memandang katak itu perlahan. Kepalaku bergetar bagai nak gila.
“Hai, ni akulah,” ucap katak itu. Katak tu memang boleh bercakap!
“Aargh…!” Jeritku sekuat hati. Dengan spontan, aku melibas penyapu yang dipegang erat, kuat ke arahnya. Hasilnya, Katak tersebut terpelanting jauh ke arah dinding. Aku bersedia untuk mempertahankan diri. Aku melarikan diri sejauh yang boleh darinya.
“Adui, sakitlah bongok!” Jerit katak itu kesakitan. “Kau jangan nak biadap dengan tuan kau boleh tak?” Jerit ia lagi. Aku tergamam. Aku dah tak kisah lagi. Mimpi ke, realiti ke, aku nak selesaikan semuanya dengan katak ni sekarang jugak!
“Apa kau nak ha, katak? Siapa pulak hamba kau?” Soalku lantang. Kami berada di hujung sudut yang bertentangan.
“Kau le hamba aku lembab. Aku dah cium kau semalam. Jadi, aku sekarang adalah tuan kau,” ujar katak itu. Suara dan sebutannya kelihatan syaitan sekali. Aku baru sedar, yang katak tu ada kuasa. Mampu ke aku lawan ia seorang diri?
“Wei katak, aku nak kau berambus dari hidup aku buat selama-lamanya! Pergi kau dari sini! Aku tak pernah kacau pun keturunan kau!” Aku mula merapu yang bukan-bukan.
“Kau, kalau kau cakap macam tu lagi kat aku, siaplah kau,” Katak itu mendekatiku.
     Apa yang dia nak buat? Apa yang dia nak? Nenek, Jin Ah dah takut ni! Kemudian, satu cahaya bersinar menerangi bilik jahit ini melalui katak tersebut. Aku menutup mata, terlalu silau. Selang beberapa saat, cahaya itu menghilang. Aku pandang ke arah katak itu dengan pantas, aku mahu tahu apa yang sedang berlaku.
“Aargh…!” Aku menjerit sekuat hati. Katak tu berubah menjadi manusia?!
“Aargh…!” Dia pun turut menjerit sekali. Kenapa dia bogel depan aku?! Kenapa rupa dia macam budak petang tadi?!
     Nenek, kenapa Jin Ah nampak orang bogel ni!

1 comment: