Latest Chapter :

Bab Enam :

-“Ricky, awak ada minum tak?” Soalku cuba mendapat kepastian. Bahaya betul budak ni.

-“Ricky, benda tu, perempuan je yang boleh pakai,” kataku berkias. Aku tak mahu terus direct aje.

-“Huh, kau memang tak ikhlas! Tak ikhlas nak bagi tumpang tempat tinggal,” sindirnya. Eh, budak ni! Dia mahu kenakan aku balik pulak.

Behind The Story


1. Saya tak pernah terfikir untuk buat komik fantasi! (pusing kepala). Tapi, bila idea ni datang je, saya rasa macam bertenaga untuk buat. Cite ni cite fantasi. Jadi, mungkin banyak yang 'pelik' dalam cerita ni.

2. Seperti yang tertera di bawah tajuk, 'SURE MAKE YOU LAUGH'. Hahaha... beratnya tugas yang perlu dipikul (tak pernah buat lawak). Saya tak ada pengalaman pun nak melawak. Tapi, saya cuba untuk buatkan komik ini sekomedi yang habis! Hehehe... (angan-angan melampau)

3. KEBETULAN story...
Walaupun saya ada tulis kat OHWAIET Bab Dua Puluh Dua,
"Biar saya beritahu awak satu rahsia. Kat dunia ni, susah nak dapat kebetulan," bisik Raina.
Tapi, kebetulan sememangnya senang nak datang dekat kita.
Saya ada 2 kebetulan semasa membuat komik ni, 1 baik 1 jahat. Mula-mula saya dapat yang jahat : TV# pun akan ada drama pasal katak 'Putera Katak', yang baik pulak : masa keluar makan buat kali kedua, saya nampak ada 'Frog Cafe'. Hahaha... seronoknya sebab nampak ada restoran yang guna nama katak. Tak tahulah restoran tu halal atau tak. Tapi, memang menarik perhatian (nama restorannya) Terpampang gambar katak hijau kat depan restoran tu... Hahaha... Ricky jadi maskot makanan. (Hehehe.. ketawa sorang diri)

4. Sebenarnya, saya tiba-tiba teringat pasal Joo Won yang berlakon dalam drama Baker King, Kim Tak Goo. Joo Won macam sesuai gak pegang watak si katak yang nakal tu, tapi katak tu seorang yang muda, (lebih kurang 15 tahun). Tapi, Joo Won nampak dah besar sangat... (mustahil-mustahil... geleng kepala). Jadi, saya biarkan Ricky dari kumpulan Teen Top saja yang jadi watak utama. Lagipun, umur dia memang 15 tahun pun... hehehe...