Latest Chapter :

Bab Enam :

-“Ricky, awak ada minum tak?” Soalku cuba mendapat kepastian. Bahaya betul budak ni.

-“Ricky, benda tu, perempuan je yang boleh pakai,” kataku berkias. Aku tak mahu terus direct aje.

-“Huh, kau memang tak ikhlas! Tak ikhlas nak bagi tumpang tempat tinggal,” sindirnya. Eh, budak ni! Dia mahu kenakan aku balik pulak.

Thursday, November 25, 2010

Bab Satu


S
edang aku leka membaca buku novel di atas katil, aku terasa ada sesuatu memegang lembut bahuku.
“Aargh…!” Jeritku sekuat hati. Ya tuhan, nenek rupanya. Terperanjat aku dibuatnya. “Nenek, nenek buat Jin Ah terkejut je,” ujarku. Nenek mengeluh kecil.
“Sepatutnya nenek yang terkejut,” nenek memandangku. Dia melabuhkan dirinya di atas kerusi kayu antik yang berada di sebelah katilku. “Yang kamu jerit macam nampak hantu ni kenapa? Nenek pegang bahu kamu aje,” marah nenek.
“Nenek, nenek kan tahu Jin Ah ni cepat rasa geli,” jelasku. Aku memang cepat rasa geli. Tak kisahlah apa-apa benda pun, yang pasti kalau ada sesuatu menyentuh atau tersentuhku lembut, aku pasti akan rasa geli dan cepat panik.
“Habis tu, Jin Ah nak cakap yang tangan nenek ni gelilah. Tak boleh pegang kamu, macam tu?” Rungut nenek. Hai, dah mulalah tu. Sikit-sikit nak merajuk.
“Nenek ni… Tangan neneklah yang paling cantik dan bersih sekali di dunia. Takkan pulak Jin Ah nak anggap tangan nenek ni kotor. Nenek ni buat-buat tak tau pulak dengan sifat orang,” Aku bangun dari katilku dan memeluk nenek erat. Neneklah insan yang paling aku sayangi di dunia. Dia sajalah keluarga yang aku ada. Nenek dah meningkat tua pulak tu.
“Hmm, apa-apa jelah. Tak habis-habis nak rasa geli.”
“Nenek ni… Nenek nak apa datang sini?” Tanyaku. Mesti ada hal yang nak nenek nak suruh aku buat nanti. “Ha, nenek nak suruh Jin Ah belikan roti yang Joe buat eh?” Aku cuba meneka apa yang nenek mahu katakan. Sebelum ini, itu sahajalah permintaan yang tak lekang dari mulutnya setiap malam, iaitu mengingatkan aku dengan si buah jantung hatinya tu.
“Hisy, bukanlah. Kamu ni… Tapi boleh jugak,” nenek memukul lembut tanganku. Aah, buah hati neneklah katakan. “Jangan lupa jugak belikan sikit roti dia untuk nenek. Suruh dia cium sekali roti tu.”
“Ya, nenek. Jin Ah akan pastikan Joe cium roti dia yang baru keluar dari ketuhar, yang panas-panas lagi, khas buat nenek,” Aku menahan gelak kecil. Ada-ada aje nenek ni.
“Eh, nenek lupa apa nenek nak cakap tadi,” ujar nenek yang baru sahaja hendak bangun dari kerusi kayu itu.
“Apa dia nek?”
“Kamu tolong ambilkan nenek kotak surat nenek yang ada kat dalam stor lama tu. Boleh tak?  Nenek nak bacalah sebelum tidur,” minta nenek.
“Yalah…”
“Hati-hati kat luar tu nanti,”
     Aku bangun dari katil dan menuju keluar dari bilikku. Aku melihat keadaan di luar.
“Macam nak hujan je ni,” aku melihat ke arah langit. Suhu di luar pun macam sejuk semacam. Mesti nak hujan.
     Aku mencapai payung dan lilin. Dengan langkah perlahan aku keluar menuju ke stor yang terletak beberapa meter dari rumah. Entah kenapa, hari ni aku rasa macam ada yang tak kena je.

*****
Sementara Jin Ah menuju ke stor lama, seekor katak yang cedera dan sedang diancam oleh pemangsa mencari tempat perlindungan yang selamat untuknya, iaitu di dalam stor lama itu.
“Tak guna punya burung,” ujar katak itu sambil menahan kesakitan. “Kalau dah nama hantu tu, hantu jelah. Kau ingat sedap-sedap je kau boleh makan aku.”
     Dengan perlahan, katak itu berjalan masuk ke dalam stor yang usang itu tidak seperti kebiasaanya melompat-lompat, akibat kecederaannya di kaki oleh serangan pemangsa burung hantu.
“Kau tahu jelah, bila aku dah sembuh dari sumpahan ni, aku bunuh kau habis-habisan.”
     Belum sempat Katak itu mahu menyembunyikan dirinya di tempat tersorok, ia mendengar bunyi tapak kaki manusia menuju ke stor, iaitu tempat perlindungan sementaranya.
“Cis, siapa pulak yang datang ni! Kacau je aku kat sini,” katak itu sudah tidak larat menahan kesakitan yang dihadapinya. Ia hanya terlantar di tempat yang tiada perlindungan. Makin lama, bunyi tapak kaki itu makin kuat menghampirinya.
“Aku tak boleh mati lagi. Kalau manusia tu perempuan, bolehlah aku jadikan dia mangsa aku nanti.”
*****

Aku membuka kunci stor itu. Aku masuk ke dalam stor itu dengan perlahan.
“Kotornya stor ni! Baru je bulan lepas aku bersihkan,” aku menutup hidung bagi menahan daripada menyedut habuk kotor. Dengan perlahan, aku masuk ke dalam stor itu dengan lebih dalam lagi.
“Tak silap aku, kotak tu ada kat hujung sana.”
    Selang beberapa langkah, aku merasakan bahawa aku sedang memijak sesuatu yang lembik. Aku naik panik tiba-tiba!
“Aargh…!” Jeritku sekuat hati. Aku mengalihkan kakiku jauh dari situ. Katak?
“Tak guna kau. Berani kau pijak aku!” Jerit katak itu. Apa? Katak boleh bercakap? Aku jumpa hantu ke ni? Kenapa aku jumpa hantu ni!
“N..n..n..n..n.. nenek! Hantu!” Aku menjerit sekuat hati. Badanku mula menggeletar dari hujung rambut ke hujung kaki.
“Diamlah budak!” Jerit katak itu. Entah kenapa, mulutku seakan terkunci selepas katak itu menyuruh aku untuk senyap.
“Hahaha… perempuan ya. Muda pulak tu,” ujar katak itu. Aku tak tahu apa yang dia sedang cakapkan. “Baring!” Jeritnya lagi.
     Badanku mengikut perintahnya. Kenapa aku terbaring sekarang ni! Kenapa aku tak boleh menjerit atau bergerak?
“Kau tahu tak, kau adalah mangsa aku. Nasib kau jugaklah sebab jumpa aku kat sini,” ujar katak itu. Dia memanjat ke atas badanku. Aku rasa geli yang teramat sangat! Nak termuntah rasanya aku sekarang ni! Aku membayangkan rupa katak yang berlendir barada di atas badanku. Mahu saja aku pengsan.
“Nenek tua tu cakap, kalau aku nak kembali ke bentuk asal, aku kena cium seorang gadis. Senang je…” Katak itu ketawa besar. Dia menghampiri ke arah mukaku. Nenek, tolonglah Jin Ah! Geli! Geli sangat! Tolong! Sesiapa, tolong!
“Baru dua hari, aku dah jumpa perempuan yang sesuai,” Katak itu berada di leherku. Aku rasa geli nak mati! Apa yang hantu ni nak kat aku! Aku tak buat dosa pun!
“Minta maaflah ya, tapi aku nak cium kau. Sekejap je, tak lama. Sakit pun tak. Cuma geli jelah,” Katak tu mengeluarkan bunyi yang pelik, seolah-olah bunyi syaitan yang sedang ketawa meraikan kemenangannya.
     Dia mendekati bibirku. Aku cuba untuk pejam mata, tapi tak dapat. Mata aku tak boleh pejam! Apakah yang bakal aku saksikan di hadapanku sebentar nanti? Ciuman dari katak yang menjijikkan?
“Mulai hari ni, kau akan jadi hambaku. Bbiribbom… Bberibbom… Pokeucheoleom Gaeguli!” Katak itu menyebut sesuatu yang aku tak faham. Tanpa ragu-ragu, katak itu mencium bibirku!

3 comments:

  1. hehehe...lucu la..fantasi habis...
    papepun smbg cpt kim...
    nk tw pe jd pas nie...
    Bbiribbom Bberibbom..seswuai ngn lagu y giler2...

    hehehe sowi terexcited komen...

    ReplyDelete
  2. Hahaha... Anyway, Bbiribbom Bberibbom tu tajuk lagu kumpulan baru, Co-Ed.

    ReplyDelete
  3. ha'ah pnah tgk dorg perform kt music bank...
    hehehe comel...

    ReplyDelete